SOALAN LAZIM MENGENAI : KECACATAN SELEPAS SIAP
BIL SOALAN JAWAPAN
1. Bilakah bermulanya Tempoh Tanggungan Kecacatan? Tempoh Tanggungan Kecacatan bermula pada Tarikh Siap Kerja seperti yang tercatat dalam Perakuan Siap Kerja. 
2. Berapa kalikah Jadual Kecacatan boleh dikeluarkan?. Jadual Kecacatan boleh dikeluarkan selagi dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan, walau bagaimanapun bilangan perlulah dihadkan ketahap yang munasabah. 
3. Bilakah tarikh terakhir senarai kecacatan boleh dikeluarkan? Pada hari ke empatbelas (14) dari tarikh tamat Tempoh Tanggungan Kecacatan dan diserahkan kepada kontraktor pada hari tersebut. 
4. Adakah perlu untuk salinkan surat-surat mengenai membaiki kecacatan kepada pihak penggerenti? Hendaklah dimaklumkan kepada penggerenti dan syarikat insurans. 
5. Bolehkah Pegawai Penguasa mengarahkah kontraktor untuk membaiki kecacatan setelah Perakuan Siap Membaiki Kecacatan dikeluarkan?. Tidak boleh. 
6. Adakah perlu untuk mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan walaupun tiada kecacatan dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan. Ya dan Perakuan ini juga diperlukan bagi tujuan perlepasan Bon Pelaksanaan/ Wang Jaminan Pelaksanaan dan bayaran Akaun Muktamad. 
7. Bolehkah Arahan Perubahan Kerja dikeluarkan dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan? Tidak boleh, Arahan Perubahan Kerja hanya boleh dikeluarkan dalam tempoh kontrak kerja sahaja (bermula dari tarikh milik tapak sehingga tarikh siap kerja seperti tercatat dalam Perakuan Siap Kerja). 
8. Berapa lamakah kontraktor boleh diberi masa untuk membaiki kecacatan? Maksima tiga bulan dari tarikh penerimaan senarai kecacatan. 
9. Apakah tarikh yang perlu dimasukkan dalam ruangan ‘telah sempurna diperbaikkan’ di para 1 Perakuan Siap Membaiki Kecacatan? Terdapat 2 keadaan seperti berikut: a) Sekiranya tiada sebarang kecacatan, tarikhnya adalah tarikh tamat Tempoh Tanggungan Kecacatan. b) Tarikh sebenar kecacatan siap diperbaiki. 
10. Adakah kontraktor perlu memohon (dengan mengemukakan surat)untuk pelepasan Wang Jaminan Pelaksanaan 100% /baki 50% selepas Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan dikeluarkan? Tidak perlu 
11. Mengapa maklumat yang telah diisi tiada dalam paparan SMATRAK? Cth: Rekod Utama Projek Maklumat "SST telah tandatangan dan dikembalikan oleh Kontraktor?" adalah BELUM  
12. Mengapa terdapat 'error' pada paparan setelah mengisi Rekod Utama Baru projek? Kerana telah ada rekod utama menggunakan Nombor Kontrak yang sama 
13. Mengapa rekod kemajuan bayaran interim yang telah direkodkan tidak mengikut susunan Tarikh penilaian bagi setiap rekod tidak diisi sepenuhnya 
14. Bagaimana untuk menutup akaun jika kontraktor tidak dapat dikesan. Tindakan menutup akaun boleh diteruskan tanpa menunggu kontraktor dikesan. Walau bagaimanapun bagi tujuan bayaran akhir, bayaran boleh diuat kepada pihak Amanah Raya.  Nasihat mengenai tindakan yang perlu diambil hendaklah diperolehi daripada pihak Akauntan atau Penasihat Undang-undang yang mana berkenaan